Latest Post

Written By Muhammad Jefrizzal on Khamis, 19 April 2012 | 4/19/2012 09:49:00 PG


Mancini: United sudah juara

Written By Muhammad Jefrizzal on Isnin, 16 April 2012 | 4/16/2012 12:10:00 PG



Football News: Manchester United Manchester City Roberto Mancini Sir Alex Ferguson

Roberto Mancini menyambung protes bahawa pasukannya sudah terkeluar dari persaingan untuk menjadi juara.
Mancini memberitahu bahawa Manchester United akan menjuarai liga kerana mereka yang lebih baik - mendahului lima mata - dengan pasukan yang lebih hebat dengan pengalaman dan mentaliti.
Beliau juga menegaskan beliau bukan bermain minda dengan United tetapi hanya menyatakan fakta.
Mancini sebelum ini menyatakan bahawa persaingan untuk juara telah tamat pada hari Rabu lepas.
Beliau berkata: "Mereka tidak boleh megalami tekanan, United. Itu mustahil.
"Saya rasa mereka akan menjadi juara, mereka tiada tekanan.
"Bagi pengalaman mereka, dan kerana lima mata dihadapan, benar jika mereka fikir kejuaraan ini telah tamat.
"Lima mata terlalu banyak dengan lima perlawanan lagi."
Tiada siapa di United yang percaya kejuaraan telah tamat dengan Sir Alex Ferguson menegaskan persaingan ini masih berjalan.

PKNS benam LionsXII, Penyu bangkit


Tampines Rovers vs Terengganu: Joseph Kalang Tie

Selangor PKNS berjaya menumpaskan LionsXII dan Terengganu bangkit menewaskan Negeri Sembilan 1-0.
PKNS FC akhirnya muncul pasukan pertama berjaya menamatkan rentak kemenangan pendahulu Liga Super, Lions XII apabila menundukkan wakil Singapura itu 1-0 malam tadi, namun juara bertahan Kelantan gagal memanfaatkannya selepas sekadar seri 1-1 dengan T-Team.
Begitupun, Lions XII yang sudah beraksi 16 perlawanan kekal di tangga teratas dengan 33 mata manakala Kelantan yang baru beraksi 13 perlawanan mengumpul 28 mata di tangga kedua.
Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, rekod kemenangan empat perlawanan berturut-turut Lions XII sebelum ini lebur hasil jaringan tunggal penyerang import PKNS FC, Dawood Nicoise menerusi sepakan percuma pada minit ke-79.
Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan yang mendahului pada minit ke-43 menerusi jaringan Nurul Azwan Roya, gagal mempertahankan kelebihan itu apabila T-Team mengikat kedudukan menerusi Khairul Izwan Khalid pada minit ke-74.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, tuan rumah Terengganu mengekalkan kedudukan di tangga ketiga dengan 24 mata hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan menerusi gol sendiri S Kunanlan pada minit ke-66.
Di Stadium Pasir Gudang, Selangor gagal meneruskan rentak cemerlang ketika membelasah Terengganu 6-1 minggu lalu apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan kedua tercorot, Johor FC yang terus kempunan meraih kemenangan di laman sendiri. 
Riduwan Maon meletakkan Johor FC di depan pada minit ke-18 sebelum penyerang import Selangor, Bosko Balaban menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-81.
Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, hasrat Sabah meraih kemenangan di laman sendiri selepas sekadar seri pada dua aksi sebelum ini tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada Perak.
Biarpun mendahului menerusi tandukan Zainizam Marjan seawal minit pertama, gawang Sabah dikawal Syed Adney Syed Hussein bocor tiga kali di babak kedua menerusi Akmal Rizal Rakhli (65), gol sendiri Mafry Balang (67) dan Lazar Popovic (90).-BH

Tiga import Kedah disingkirkan


Tiga import Kedah disingkirkan

Hamidan Mohammed merupakan pemain ketiga disingkirkan oleh Kedah FA selepas Daniel Baroni dan Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo.
Kedah yang semakin tertekan dengan prestasi hambar dalam saingan Liga Super bertindak menyingkirkan penyerang import, Hamidan Mohammed selepas pasukan itu tewas 0-2 kepada Sarawak di Stadium Darul Aman kelmarin.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Hamidan menjadi awang import ketiga disingkirkan skuad Kenari musim ini selepas tindakan sama diambil ke atas dua pemain dari Brazil, Daniel Baroni dan Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo.
Jurulatih Kenari, Wan Jamak Wan Hassan berkata, Hamidan telah diberi peluang untuk membuktikan kemampuan tetapi persembahan pemain Ghana itu gagal memikat barisan kejurulatihan dan pengurusan.
"Hari ini (malam kelmarin) merupakan perlawanan terakhirnya dan kami mengucapkan terima kasih kepada Hamidan kerana memberi sumbangan yang baik kepada walaupun tidak membantu pasukan secara keseluruhan," kata Wan Jamak.

SeLANGOR Hilang rentak!

Written By Muhammad Jefrizzal on Sabtu, 14 April 2012 | 4/14/2012 11:00:00 PTG

Pasukan selangor  sekadar  seri   1-1  menentang Johor FC..Johor fc mendahului  perlawanan  dgn 1-0  hasil  jaringan Ridhwan  maoun pada  minit ke 19.pada  separuh  masa  kedua.selangor  berjaya  menyamakan  kedudukan hasil  jaringan  Pemain  import  mereka  iaitu  Bosko Balaban.Keputusan penuh johor fc 1-1selangor .
.

LIONS KALAH!

Pendahulu  liga super Malaysia 2012 ,LIONS XII kalah  kepada  pasukan PKNS FC  hasil jaringan  pemain  import PKNS iatu Michael Nicoise pada  minit  ke 80.


PKNS FC  PKNS FC
vs 0