ANNUAR Musa ketika menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar di Ketereh, semalam.
|
KOTA BHARU - Tan Sri Annuar Musa yang digantung dua tahun setengah oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap mahu mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FAM berhubung keputusan badan induk bola sepak itu.
Malah jelas Annuar, sekiranya ia masih tidak berjaya, beliau akan merujuk kes tersebut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland.
Annuar yang digantung daripada jawatan Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 4 April lalu memberitahu, tindakan tersebut dibuat selepas beliau tidak beri hak untuk bersuara dan mengemukakan rayuan.
Beliau didapati bersalah kerana melanggar Artikel 88 di bawah Perlembagaan FAM iaitu memberikan kenyataan media tanpa kebenaran Presiden dan Setiausaha Agung.